Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 30 Januari 2013

Seni Kilas Nipis Panglima Satu Pengenalan




















SENI KILAS NIPIS PANGLIMA ADALAH SENI BELA DIRI DIANTARA PROGRAM DIBAWAH NAUNGAN BAITUL ADAM RESOURCES.

SETAPAK BERPANTANG SURUT ! SELANGKAH BERPANTANG MUNDUR !

PENGENALAN:

Apa yang dikatakan silat yang bukan silat ? Silat yang lazimnya mempunyai bunga dan tarian sembah tetapi Kilas Nipis tidak mempunyai bunga dan tarian tetapi Mengilas Dalam Nipis dan Pukul ! Ia tiada mundur dalam Melangkah pada Musuh Hanya Maju ! Ia hanya akan berhenti Melangkah mengikut kadar keupayaan musuh itu sendiri !  Seni ini melangkah dalam bentuk Alif dan kekal dalam bentuk Alif juga !
 Seni ini boleh menunggu untuk di serang atau terus menyerang sahaja.

Kilas Nipis sejarahnya
ini berasal dari tanah arabYaman bernama Sheikh Ibrahim Panglima berpindah ke Johor (gelarannya ketika menjadi orang kanan Sultan Pertama Johor Sultan Abu Bakar) Beliau bertanggungjawap menjaga keamanan Johor pada satu ketika dahulu. Saya merupakan cicitnya menyambung legasinya dan memikul amanah untuk mengajar dan menyebar pada orang islam sahaja.


Real fighting (Pertarungan Sebenar) pula merakamkan keadaan sebenar dalam pertarungan. Berdasarkan pengalaman saya dalam dunia seni bela diri kita menuntut, belajar untuk patuh pada guru juga menghormati rakan yang sesama menuntut, berlatih, sparring pada ketika itu sememangnya ada semangat dan keberanian! Hakikatnya keadaan itu tidak sama di luar gelanggang ! Adakalanya rakan-rakan yang bertarung dengan musuh luar tidak menggunakan apa yang dibelajarnya di gelanggang tetapi memilih untuk bertarung stail cowboy katanya! amacam! mengapa ini berlaku? Saya tertanya-tanya ilmu beladiri adalah untuk diaplikasikan dalam dan diluar jika tidak seperti kata Guru saya Ayam jantan hanya berani berkokok di kawasan rebannya tapi tidak di reban lain !( Kecut perut beb!) Hakikatnya pula diluar pabila bertarung dengan musuh kita membela diri, bersabung nyawa dan bertarung pada musuh yang tiada latarbelakang seni beladiri ! musuh ini dikatakan kosong hanya berbekalkan nafsu kejahatannya sahaja ! dan hanya ada satu sebab berkehendak untuk mencederakan atau membunuh.

Kadar jenayah yang menambah dan kian membimbangkan buat kita jadi persoalannya adakah anda bersedia dan mampu untuk menangani perkara ini ? Dalam Islam wajib untuk membela dan melindungi diri dari musuh kasar dan halus malah Rasulullah s.a.w menyelar pada orang-orang Islam yang lari dalam medan peperangan tetapi memuji pada mereka yang bertarung habis-habisan hingga nafas yang terakhir! Jadi bersedia zahir dan batin bagi menempuh keadaan getir tersebut

Syukur Alhamdulillah yang Menganugerahkan Ilmu beladiri ini yang saya terlalu ingin menghulurkan kedua tangan saya membantu orang-orang Islam untuk menuntut ilmu membela diri mengikut tahap S.R.P     Singkat , Ringkas dan Padat ! InshaAllah Duhai Sahabat apabila menuntut kita akan membongkar rahsia-rahsia bertarung malah psikologi bertarung juga ditunjukkan untuk mendapatkan lebih kefahaman. Disamping itu dapat juga kita bersenam (rasanya seperti jogging 1 tasik! kena rasa sendiri ni !) sambil mengetahui teknik yang dapat difahami dengan cepat.

Kelak saya akan paparkan di blog ini adegan demo dalam bentuk video buat tatapan anda sekelian nantikan InshaAllah.
 Dalam video ini memaparkan cara-cara menangani musuh-musuh kasar dalam pertarungan yang cuba saya gambarkan dalam keadaan yang sebenar yang boleh. Contoh video antaranya diserang di basement carpark, diserang ketika mengisi minyak di station, diserang ketika sesudah membeli barang di hypermarket, diserang setelah keluar dari ATM, diserang ketika didalam kereta atau sesudah keluar dari kereta dan macam-macam lagi serangan InshaAllah saya akan paparkan. Sekian Wasallam !

Mahar (yuran) ada dikenakan untuk menuntut.
Kelas untuk kilas nipis panglima diadakan
Hari : Setiap Jumaat. Hanya seminggu sekali!
Tempat : Dewan Desa Riang Damansara perdana
Masa : 6pm - 8pm

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan temujanji  -
Guru- Dr Bahaudin - 017239 2569
Murid kanan saya Dr Noorman - 012315 1559
Juga Murid saya Khalifa Nizam  - 012391 2154