Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 5 Mei 2014

3 PERINGKAT PELAJARAN DALAM ASAS BUAH TEMPUR

Asas Buah Tempur mempunyai 3 Peringkat MataPelajaran antaranya

Peringkat 1
(Basic Level)
 

Peringkat ini khas untuk murid yang tiada asas beladiri. Matlamat kami untuk mengajar asas cara bertempur dan membela dari sebarang musuh serta jenayah.

Murid akan belajar cara bertempur dari segi berdiri, pergerakan, pelbagai cara menumbuk, menyiku,melutut dan tendangan yang minimum cukup untuk membiarkan musuh mengelupur kesakitan !

Cara-cara menangkis daripada ditumbuk,dicekik, headlocks atau wrist grabs oleh musuh juga diajarkan disini.

InshaAllah setelah agak mahir dengan matapelajaran diatas boleh pergi ke peringkat kedua. (Ada ujian untuk peringkat pertama)


Peringkat 2 (Intermediate Level)

Tamatnya Peringkat Pertama setelah menempuh ujian bolehlah diteruskan ke Peringkat Kedua (Intermediate Level) murid-murid akan meneruskan untuk mengimbas kembali apa yang telah dipelajari serta mempertajamkan skill-skill yang telah dipelajari dulu. Kali ini murid akan belajar cara menyerang musuh pula jika tidak sebelum ini hanya bermain defense. Peringkat ini sangat lebih kepada kelincahan dalam kemahiran skillnya juga tinggi.

Ada pertambahan buah-buah tempur khas kaedah mengilas, menumbuk dan pertambahan tangkisan segera buat tumbukan, serangan mendadak,tendangan atau sebarang jenisan
punch defenses with counterattacks, kick defenses, and defenses against various chokes, headlocks, and bearhugs. Ada juga kami selitkan kaedah menangkis serangan senjata yang umum. Biasanya dalam tempoh 4-6 bulan murid dapat memahami dan menyerapi teknik-teknih buah tempur maka InshaAllah boleh diteruskan untuk ujian dan ke Peringkat 3 (Advance Level)

Peringkat 3 (Advance Level) Kejurulatihan

Setelah mengharungi peringkat ke 2 dan menempuh ujiannya maka murid boleh lagi meneruskan lagi cabarannya untuk ke Peringkat 3. Sini murid dapat berjinak dengan mainan senjata, diajar senjata iaitu parang, kayu dan tekpi (ini atas pilihan murid) 

Disini juga murid akan meneruskan kepahaman dan skillnya untuk menyerang, menangkis sebarang serangan kosong atau bersenjata. Ditambahkan lagi advance technique menangkis serta mematahkan senjata seperti pisau, parang,kerambit, pistol dan kayu belantan Tambahan lagi iaitu diajar kaedah bertempur dengan musuh yang ramai, rasanya lebih 2 orang ramailah jugak ! Tenang saja hadapinya InshaAllah kita akan menang hanya dengan pertolongan Allah Ta'ala!

InshaAllah murid yang telah melepasi kesemua peringkat dengan jayanya akan diberikan sijil Khalifah Perguruan atau Jurulatih bagi meneruskan dan mengembangkan Asas Buah Tempur didalam atau diluar Negara !
 
Disini tiada tempoh masa cukup paham dan sifat panglima telah kelihatan sudah boleh mengajar!

nota kaki: nama kilas nipis panglima tetap berperanan dan mendominasi cuma nama asas buah tempur menambahkan kepahaman yang kami ini lebih kepada buah tempur tidak ada seni seperti beladiri yang lain. Setiap buah tempur yang diajarkan telah diguna pakai dalam pertempuran sebenar dan disahkan penggunaanya logik dan tepat serta berkesan. InshaAllah !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan