Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 13 November 2013

ASAL USUL SENI KILAS NIPIS PANGLIMA SECARA BERSANAD.



SENI KILAS NIPIS PANGLIMA

(BerTERASKAN Huruf "ALIF")

Siri Pengenalan

Seni Bela Diri Gerak Gempur Panglima ini dahulunya telah diasaskan oleh Baginda RASULULLAH S.A.W yang bertemakan Huruf "ALIF" tetapi tidaklah menggunakan nama yang tertera yakni Pertama sebelum ada seni bela diri gerak gempur yang lain ia dinamakan jihad fisabilillah. Rasulullah s.a.w menyatakan ada dua jihad yang pertama Jihad Akbar (jihad besar) dan Jihad Nafs(jihad kecil).

Jihad Akbar maksud berperang bekorban besar  jiwa raga, harta ,keluarga buat Allah dan RasulNya. Dalam menggagahkan Iman di hati para-para sahabat maka Rasulullah ajarkan gaya,cara,skill seni berperang antara cara-cara memanah,pedang,tangan kosong, helah lawan dan juga teknik berkuda. Terlalu ramai pahlawan-pahlawan handal hasil bimbingan dan didikan Tangan Baginda sendiri. Masha’Allah! Baginda pernah lagi menyatakan betapa hebatnya pertarungan sehingga syahid tetapi ada peperangan yang lebih besar! Tergamam para sahabat menunggu reaksi seterusnya Baginda mengatakan Jihad Nafs! Rasulullah s.a.w pun mengajarkan pada para sahabat Ilmu Makrifatullah bertujuan dalam pengendalian bagi menundukkan hawa-nafsu. Seterusnya perjuangan ini disambung tradisinya dengan bersanadkan dari Rasulullah s.a.w kepada Para-para Shahabat, Ahlul-Bait. Tabiin dan Ahli-ahli Sufi.

Ditanah Melayu atau Malaya, Seni Kilas Nipis Panglima telah bertapak sejak zaman kurun ke 18 lagi, yang telah diamanahkan kepada SYED IBRAHIM ( PANGLIMA HITAM), berketurunan Arab 'YAMAN' serta mempunyai nasab sampai kepada RASULULLAH S.A.W. Beliau juga merupakan Penasihat serta Panglima kepada Sultan Johor yang Pertama (1 Sultan Abu Bakar).

KINI!!! Perjuangan seni  KILAS NIPIS PANGLIMA, diturunkan kepada nasab Beliau yang ke 5 pada Zaman serta kurun yang ke 21 ini, kepada Syaikh Panglima BAHAUDIN JALAL,menetap di Shah Alam,Selangor. Telah menjalankan aktiviti seni KILAS PANGLIMA di beberapa buah tempat di Bukit Lancong, Sek 27 Alam Megah, Damansara Damai, Damansara Perdana, Gombak dan Bangi (cawangan baru).

Kilas bermaksud Mengilas lawan cara pantas.
Nipis bermaksud badan menjadi nipis bagi membuka ruang pada lawan ketika bertarung.
Panglima bermaksud Gelaran pada Guru yang Mengajar.



Ini adalah matapelajaran yang diajarkan pada murid-murid yang menuntut.

Siri BUAH PUKUL PANGLIMA
(BerTERASKAN Huruf "ALIF")

1. BUAH ASAS

1.1 BERASAH

1.2 LANGKAH PANGLIMA

1.3 KILAS KELILING (SELAYANG PANDANG)

1.4 KILAS 1

1.5 KILAS 2

1.6 KILAS 3

1.7 3 SERANGKAI

1.8 KILAS HELAH

1.9 SERAMPANG

1.10 KETUK

1.11 SEBAT

1.12 GERAK KILAS

1.13 SELANGKAH

*Tempoh selama 3 bulan


2.JURUS PERTENGAHAN

2.1 GERAK KILAS OLAHAN

*Tempoh selama 6 bulan


3. JURUS TERTINGGI

3.1 GERAK KILAS SENJATA




KELAYAKAN UNTUK MENJADI PENUNTUT ATAU ANAK MURID SENI SILAT KILAS NIPIS PANGLIMA.

1.ISLAM
 Ketaatan dan patuh kepada RUKUN ISLAM

2.LELAKI sahaja (Remaja dan Dewasa) 14-63 tahun

3.Taat setia serta Dengar dan Patuh pada GURU

4.Berkasih sesama IKHWAN

5.Setia kepada RAJA,BANGSA DAN TANAH AIR





*UNTUK KETERANGAN LANJUT BOLEH MENGHUBUNGI DAN MERUJUK KEPADA;

1.Guru Utama Syaikh Dr Bahaudin – 017 239 2569

2. Sdr Nizam- 010 280 7025

3.
Sdr Hifzi- 019 6634527




~ SENI BELA DIRI SILAT KILAS NIPIS PANGLIMA, DINAUNGI OLEH "BAITUL ADAM 'ILMU MAKRIFATTULLAH'(ITMT)"~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan